Friday, December 3, 2010

HAFIZI GONDOL PIALA SERI IMAN 2010 - Utusan Malaysia 3/12/2010




Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


KUALA TERENGGANU 2 Dis. - Mohamad Hafizi Mohd Radzi Woo dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor menjuarai anugerah reka cipta fesyen batik Piala Seri Iman 2010.
Pereka muda berusia 21 tahun itu diumumkan sebagai pemenang pada majlis Malam Gala Piala Seri Iman di sini malam tadi dan membawa pulang wang tunai RM30,000.
Rekaannya bertemakan Khazanah Kenyir menjadikan ular, haiwan yang seolah-olah disisihkan sebagai sumber inspirasi.
''Saya ingin meneroka kelainan, menyesuaikannya dengan konsep pakaian moden dan ranggi. Ia lebih terarah kepada cita rasa remaja masa kini," ujarnya.
Penuntut Jabatan Seni Lukis dan Seni Reka Fesyen itu yang pernah memenangi tempat ketiga tahun lalu, menyifatkan kemenangan itu sangat bermakna bagi dirinya untuk muncul sebagai pereka terkemuka di negara ini kelak.



''Saya buat sendiri dengan mereka corak, mencanting batik dan menjahit bagi menghasilkan ciptaan bertajuk Underline.

''Kemenangan ini juga hadiah bagi ibu, Rozi Hassan yang banyak merangsang dan membantu di samping pembantu saya, Muaz Fadzil," katanya kepada Utusan Malaysia.
Tempat kedua dimenangi oleh IIi Aaina Yahya dari Kuala Terengganu dengan tema Semarak Tari Sang Gigas menerima hadiah RM15,000.
Nur Amirah Mohamad Yusof (Kedah) di tempat ketiga dengan ciptaan bertemakan Megah Si Kuang menerima hadiah RM10,000.


Seramai 10 peserta dipilih ke pertandingan akhir.
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah mencemar duli menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Program anjuran kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Terengganu Institute of Design Excellence (TIDE) itu bagi menyemarakkan industri tekstil tempatan.

Katanya, ia agak membimbangkan kerana sebarang kekurangan serta kecacatan pada kualiti keluaran mereka pastinya akan menjejaskan imej batik Terengganu.
Ahmad berkata, dalam memastikan reka corak yang unik dan luar daripada kebiasaan serta produk yang tulen daripada negeri ini, kerajaan negeri telah melancarkan cop logo khas batik tulen Terengganu.
Beliau berkata, ini sebagai lambang mutu yang dapat mengelakkan kekeliruan dan memudahkan pembeli membuat pilihan batik tulen selain memelihara warisan negeri.

Thursday, December 2, 2010

PIALA SERI IMAN 2010 - Underline


Johan Piala Seri Iman 2010 - FIZIWOO!!
group photograph with winner and Tuanku Permaisuri Nur Zahirah






evening wear

mens formal


casual set

mens casual


ladies casual